#Erfanani
Wednesday, December 26 | 10:34 PM | 0 strawberriess


Assalamualaikum

Hello guys. Apa khabar? Hihi okay. Actually update blog ni sebab bosan je. Tak tahu nak buat apa so lebih baik Efa cerita about holiday. Okay, Holiday haritu pergi Perth, Australia. Manyak syok ohhh lol. Pergi sana 5 hari je. Sekejap je rasa. Macam tak puas jelah. Tapi takpelah asalkan kita enjoyyy~ Efa pergi sana dengan mak, ayah and kawan ayah satu family. And also driver kawan ayah tu dgn Uncle Anding. Hamboii~

Pada hari Khamis, 13/12/2012.
Pergi KLIA pukul 7 pagi. Serious mengantuk gila. Efa dapat tidur dalam 3 jam je malam tu. So sad you know k. Then sampai airport dalam pukul 7.45 pagi. Sempat lagi pergi makan roti canai kat Bukit Mahkota haha. Pergi sana abang yang hantar. Susah-susah je abang ni lol. Sampai je airport, tunggu kawan ayah pulak sampai, Uncle Johan and family also his driver and Uncle Anding. Kawan ayah dah sampai mulalah bersalam-salaman dengan isteri Uncle Johan, Aunty Nor and anak dia, Suraya. Well, dah lama juga tak jumpa dengan Suraya ni. Last pergi holiday dengan dia time Efa darjah 4 lol budak lagi time tu haha. Time tu pergi holiday kat Gold Coast, Australia. And now, kita berjumpa lagi.... Time jumpa kat airport tu memang kekok gila ah sebab dah lama en tak jumpa. Dulu time kecik tu tak rasa malu sangat. Skrg dah besar malu-malu kucing lak. Haha k So, ada abang dia sekali, Najwan and Hazim and adik dia, Hazrin. Dalam hati ni dah berdebar tak sabar nak pergi Perth ni lol hahaha. Okay flight dalam pukul 9.30 macam tu. So, sampai Perth pukul 3. 5 jam je perjalanan. Berapa kilometer eh? Lupa pulak. Tak salah 2335 kilometer ke. Tahlah something like that lah.

So, dah sampai sana. Keluar daripada airport tu, nampaklah pemandangan di Perth. Sungguh cantik tempatnya. Nyesal pulak tak tangkap gambar kat situ. Dah ah gambar time kat airport tu terdelete. Damn!

Okay, back to the story. Cuaca dia pun sejuk juga. Bukan sejuk, cuma windy lah. Eh, sejuklah tu. Ah lantak ah lol. Sunny and windy. Walau panas terik macam mana pun, tak terasa sebab windy. Tapi hitam jugalah kulit ni hmmmm. Orang yang bawa bus tu kata kami semua ni so lucky sebab sampai harini sebab semalam satu hari hujan je. Alhamdulillahlah sepanjang 5 hari ni takde hujan. So, dia hantar kitaorang semua ke hotel, pergi check in. Pukul 6 ptg turun balik pergi makan. Memang lapar betul time tu. Pergi makan lauk Malaysia wooo. Owner kedai tu orang Shah Alam rupanya. dah selesai makan apa semua pergi balik hotel. Relax dululah sebab penatkan.

Pada hari Jumaat, 14/12/2012.
Pada harini kitaorang pergi market Fremantle. Ingatkan tempat tu besar, rupanya tak pun. Hahaha tapi takpelah asalkan pemandangan kat situ cantik-cantik. Sampai je sana Efa beli gelang, lawa gelang tu. Lagi beli souvenirs sikit untuk member. Beli baju untuk member tersayang cehh. k kiss sikit :* lol. Tu jelah. Time jalan-jalan kat situ, ada pulak piano. Suraya pulak pandai main piano. So dia pun mainlah. Sambil dia main tu, dia suruh Efa tangkap gambar lol. Tu jelah kerja dia hahaha. Dia kata aku ni photographer. Tenenenene~


Then kitaorang keluar daripada market tu and pergi makan. Efa and Suraya makan kebab ayam. Yang lain tah makan apa. Tak tahu nama makanan tu lol haha. Dalam pukul 1.45 petang gerak pergi bus balik. Sebab dah janji pukul 2 jumpa kat bus balik en. Then balik hotel. Rasa bosan tak tahu nak buat apa, Efa pun cakap kat Suraya "Jom jalan-jalan kat area hotel tu" Kitaorang berdua pun jalan-jalanlah kat situ. Kitaorang beli kasut. Awhh, cantik ohh. Then, beli baju, blazer and macam-macam lagilah. Suraya pun sama. Haha semua nak sama doh -.- k

Then Suraya pulak, lepas je beli kasut tu, dia terus pakai haha. Tahu pun sakit kaki. Mengada sangat nak pakai eh. Padan muka mwahaha. Dah habis shopping apa semua, balik hotel. Lepaklah kat lobby tu kan sebab ada PC kat situ. Dapat gak online. Terlepas rinduku pada Twitter.

Pada hari Sabtu, 15/12/2012.
Hari Sabtu pulak, kami semua pergi Pinnacles. Takde mende pun kat situ. Hanyalah pasir..................... sahaja. k But sebelum sampai Pinnacles tu, kami semua ada singgah lunch. Then pergi beach jap. Tengok pemandangan. Sumpah lawa gila pemandangan kat beach tu. Ada dua warna, biru and hijau. Memang lawa gila ahhhhh. Argh! lol jadi histeria pulak dengan tempat tu bhahaha.

See, green and then blue? So beautiful isn't it? Yeah. Nak tengok banyak gambar lagi, tunggu sampai akhir nanti eh hehehehehe.


See, gambar atas ni. Inilah Pinnacles. Look boring right? Lol but whatever it is, batu dia semula jadi tau. Ada batu yang paling besar.


Itulah batu yang paling besar kat situ. Takdelah besar mana actually haha. Btw, aku kelihatan sangat kelakar and sangat jauh dengan Suraya erghh! And one more thing, kitaorang jumpa binatang ni.


Lupa pulak nama binatang ni haha. Yang malangnya Efa tak dapat jumpa Kangaroo. Ayah nampak tapi Kangaroo tu dah lari pulak hm so sad. Dahlah tak dapat nak pergi Zoo. Ergh package yang membosankan...... Actually kitaorang ingat nak pergi sandboarding tau. Rupanya pergi Pinnacles. haha kalau pergi sandboarding memang mesti holiday tu best ah. Tapi tulah, dah itu package dia hmmmmm.


Sandboarding. This is what I call "cool mannnnn" but yeah. Dalam mimpi jelah hm sedih. But it;s okaylah. Holiday ni tetap best juga.

Okay, dah habis tangkap gambar apa kat situ, kitaorang pun balik. Then, sampai je hotel, kitaorang jalan-jalan lagi kat area hotel tu haha. Serious hari Sabtu tu penat gila. Just me, mom and Suraya, kalau tak salahlah. Efa teman Suraya beli souvenirs and belikan baju apa tah lagi. Then masuk kedai Target, haaa time kat kedai terget pulak, ada jual perfume someday Justin Bieber, Efa terus beli haha. Tak kesampaian nak beli kat Malaysia. So, beli jelah kan. Suraya dah beli kat Malaysia dah. Then balik hotel. Lepak lagi kat lobby seperti biasa. Kalau rasa lapar pergilaj kat seberang jalan depan sikit tu, beli kebab. Itu jelah. Oh and one more thing, 2 hari tak sentuh nasi. So sedih. Hari Sabtu kedai tutup sebab ada buat sambutan Christmas. Sampaikan jalan semua tutup. Orang ramai berkerumun nak tengok sambutan Christmas tu. Memang padat gila ah orang. Sampai tak boleh nak bernafas lol tipu je aku ni -.- haha. And also, hari Ahad. Hari Ahad memang kedai tutuplah. Memang cuti tempat dia. Macam kat Malaysia juga. Tapi takdelah sampai kedai makan pun nak tutup sekali! Argh bila kenangkan balik, sedih tahu tak. k Ni dah masuk cerita kat hari Ahad ni lol. Oh lagi satu, me and Suraya ada beli boomerang kat Market Fremantle time tu. Boomerang tu memang takde conteng apa-apa pun. Dia suruh kita lukis sendiri en. And malam tu, lepak lobby sambil lukis apa yang nak dilukis sambil nyanyi-nyanyi. Lol memang have fun lah malam tu. Efa and Suraya lukis Justin Bieber. Hahaha bukan gambar dia, tapi nama. And Efa punya lagi lawalah daripada Suraya. Ofcourse lah en. hahaa k

Pada hari Ahad, 16/12/2012.
Okay, harini acara bebas. Tak kisah nak pergi mana pun. So, me and Suraya jalan-jalan lagi kat area hotel tu. Maksud area hotel tu bukan kat situ-situ je, ah faham-faham jelah k. And ada kedai Myer tu. Kitaorang macam teringin nak masuk Myer ni. Memang tempat branded punya baranglah. Efa pun terus, double 'WOW' gitu. Lol haha. kitaorang round kat situ and Suraya pun tanyalah ada tak perfume Girlfriend by Justin Bieber and........ yeah ada! I was like omg omg, nak beliiiiiiiiii! Tapi takde duit hahaha. Suraya beli but aku tak. Then balik hotel. Minta duit nak beli tapi mak and ayah pergi dating pulak. Nasib baik ada Uncle Johan, dia bagilah pinjam duit 100 dolar. Pergi Myer balik beli. And Suraya pun ada juga beli perfume untuk cousin dia and dia beli perfume Lady Gaga. Arghh so wangi you know perfume Lady Gaga. Perfume J Lo gila busuk hahaha. Serious cakap. Hazim bau pun dia cakap busuk. yeah ikr. Efa pun dah dapat perfume Girlfriend, hati pun berbunga-bungalah. Sampai sekarang masih tersimpan rapi di dalam almari. Sungguh sayang mahu gunakan. Hanya waktu-waktu tertentu sahaja akan ku pakai perfume itu cehhh. Perfume tu dia siap ada lotion and body wash lagi. Awhhh~


You look at that, Someday and Girlfriend yeah. I'm so happy till now hihi. And then kena marah dengan mak ayah sebab banyak sangat beli perfume haha. Mak, ayah, Justin Bieber tuuuuu~ k Well, harga Someday tu 51 dollar, and Girlfriend 69 dollar. Murah jugalah. Perfume Someday kalau nak dibandingkan dengan Malaysia, kat Perth lagi murah kot.

So, apa lagi nak diceritakan pada hari Ahad ni? Tu je kot. Just round and round kat situ. Ada yang berkenan, belilah. Kalau takde, takdelah beli. Ye dak? Oh ada. Malam tu packing barang semua sebab esok dah balik. Argh macam sedih je bunyi. Malam tu tidur lambat sebab esok dah takde tidur kat situ dah. Dah sampai Malaysia dah pun esok tu. Dah packing barang semua lepak lobby dengan Suraya, Hazim, Najwan and Hazrin. And then Abang and adik Suraya pun naik and kitaorang berdua menguasai PC kat lobby tu lagi haha. Tak salah kitaorang tidur pukul 1.

Pada hari Isnin, 17/12/2012.
Well, harini dah balik dah. Macam sedih je nak tinggalkan Perth ni. Pukul 1.45 dah masuk kat dalam bus nak pergi airport. And yeah dapat juga makan nasi hehe makanan Indonesia lah. Jadilah asalkan sedap dan halal. Itu je yang pastinya. Dah sampai airport, pergi check in apa semua. Tunggu dulu kat situ. Isi borang. Borak-borak kejap. Pergi tandas. Then pergi masuk flight. Yeahh. And time tu dalam hati just say goodbye to Perth. Tu jelah. Nak sakit tangan update entry kali ni. Panjang sangat. Hahaha just enjoy this picture. Ada banyak cerita actually. Tapi malas nak tambah-tambah dah hahaha.

IBIS HOTEL.

Aunty Nor and Kak Linda.

My mom and dad. So sweet hihihi~

Murray Street...

Murray Street. Ada pulak Uncle Johan kat situ and kaki Suraya lol haha

Inilah dia yang Efa cakap Owner dari Shah Alam tu. Yummy, memang lapar gila time ni hahaha.

Suraya, Najwan and Hazim.

Me and Suraya. 










Kak Linda and Hazrin.


One big happy family~

Unlce Johan and Aunty Nor.



Tapak kaki and ekor Kangaroo.

Pinnacles~

Walau ditempat macam manapun... Alhamdulillah :)

Hamboi Yah hahaha

Me and Suraya~

Back to home yeah!

So that's all. Malas dah nak masukkan gambar lagi hahaha. Hope enjoy it. Okbye.
Assalamualaikum...

Lots of Love,
Erfa Nani

?

Given name, Norerfa Nani. Born on 10th May 1997. I'm a big fans of JUSTIN BIEBER. Forever a BELIEBERS
orang skodeng blog saya.

Ask me | Facebook

Leave your footprint here. Thank you.


Follow my Twitter: