#Erfanani
Monday, December 31 | 2:44 PM | 0 strawberriess

Assalamualaikum w.b.t 

Hi semua. Apa Khabar? Sihat? Alhamdullilah aku sihat je. See the tajuk? Sahabat..... Pasti semua orang ada sahabat bukan? Tipulah kalau takde kan. Please, jangan tipu aku lol haha sewel. K semua orang ada sahabat dan termasuk juga aku.

Tapi kalau sahabat sejati? Memang susah nak cari yang betul-betul sejati. Ada setengah sahabat tu akan tikam kita dari belakang. Mengata kita yang bukan-bukan dan sebagainya dan ada juga setengah sahabat yang akan sentiasa berada di sisi kita tidak kira susah atau senang. Pasti semua orang nak sahabat yang kedua tu kan? Aku pun nak macam tu. Tak kisahlah susah atau senang, dia tetap akan berada di sebelah kita. Memberi semangat kat kita, bagi nasihat yang bernas kat kita dan sebagainyalah. Dan pasti juga ramai yang tak suka yang pertama tu kan? Tikam kita dari belakang. Mengata kita dan sebagainya. Oranng macam tu memang takyah dibuat kawan. Kalau aku tinggalkan je haha k.


"Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya."

Aku suka betul dengan ayat kat atas ni. Apa yang terkandung dalam ayat tu adalah benar-benar belaka. Siapa yang ada sahabat sejati tu sangatlah beruntung.  Aku teringin sangat nak ada sahabat yang susah senang bersama. Aku nak kata ada sahabat sejati ni, entahlah aku pun tak tahu. Susah nak cakap haha. But aku mempunyai kawan yang sentiasa berkepit tidak kira dimana pun. Even though kalau aku ada masalah pun diaorang takdelah membantu aku sangat, tapi aku tetap sayangkan diaorang. Diaorang selalu buat aku tergelak. And aku ni jenis kuat touching sikit ecehhh. Mesti diaorang pujuk balik hahaha k lawak pulak bunyi eh lol. Tapi time tengah touching tu, time tu pulak diaorang buat lawak bodoh, aku mesti gelak. Argh aku tak boleh jadi pelakon kalau macam ni hm cedih.

So, aku nak ceritalah serba sedikit tentang SAHABAT aku ni. haha but sebelum tu, dear sahabat, please don't hate me if ada kutuk-kutuk sikit tu haha chill lah macam tak biasa pulak lol.


Me and Yasmin Yahaya. My Best friend. My what ever lah. haha Shes pretty right? Yeah ikr. Ramai suka dia. Termasuk aku mwahaha. k kami bukan lesbian :( Dia banyak bagi aku nasihat yang masuk akal dan juga tidak masuk akal. Argh bila kenangkan balik, menyampah pun ada haha. Tapi dia banyak mengajar aku ah tentang fashion lol haha. Tah pape ah k. Well, aku kenal dia time aku darjah 6. Tapi time tu kitaorang tak rapat lagi dengan dia. Sebab malu-malu kucing haha. Start form 1 pertengahan tahun baru rapat dgn dia sebab satu kelas. And yeah until now masih bersama. Ceh dah macam couple dah cakap camtu.



Ni pulak Nadhirah. Paling pendek antara yang lain hahaha. But shes comel what? Kecil-kecil cili padi. Hahaha Tapi serious doh. Dia ni memang mulut pedas sikit doh. Makan cili padi banyak sangat macam ni ah huh! Dia selalu sangat hina aku :( Aku bukan nak cakap apalah. Apa aku buat mesti dia macam nak memerli. Pandang rendah kat aku. Dia selalu sakitkan hati aku. Aku selalu touching dengan dia. Aku rasa sedih sangat sampai tak terkata. Hm Dia start mulut celupar tu bila ada Yasmin. Mulalah nak cakap yang bukan-bukan. Tapi kalau takde Yasmin, dia okay je tahlah. Memang kecewalah. But apa-apa pun dia juga selalu tolong aku. Kalau aku ada masalah pun, dia nasihat kat aku apa semualah. So aku sayang dia haha. Aku start kenal dia pun time darjah 6. But time tu pun tak rapat lagi even though satu geng haha. But masuk form 1 start rapat. Same like Yasmin lah eh. So, aku, Nad and Min start rapat time form 1.


And yang ini pulak Husnul. Kenal dia pun dah lama. Dari aku darjah berapa tak ingat pulak. Tapi baru tahun ni (2012) rapat dengan dia. Rapat dengan dia pun sebab Yasmin and Husnul satu kelas. So, dia rapat dengan Yasmin, sekalilah aku and Nad rapat dengan dia. Tapi sedihlah aku and Nad tak satu kelas dengan Yasmin. Form 1, form 2 satu kelas je. Tapi form 3 tak. Aku and Nad je satu kelas. Tapi takpelah. Asalkan kitaorang rehat sama-sama. Lepak sama-sama pun dah cukup. So yeah! Nak cerita pasal dia. Husnul ni perangai rupa-rupanya macam kitaorang juga. Bodoh-bodoh je perangai eh hahaha. Tapi bestlah. Ada je benda nak cerita. Ada je benda yang digelakkan. Kalau tak aku buat lawak, Yasmin. Kalau tak Yasmin, Nad and kalau tak Nad, Husnul lah. Kitaorang ni macam seghasi bersama kate kooo. Even though tu ada juga gaduh. Salah faham kan. Tapi kitaorang akan selesaikannya bersama-sama.

Well, I love you guys. Without you guys, maybe aku kesunyian tiada teman untuk berbicara. Tiada teman untuk bergurau senda. Tiada teman untuk meluahkan apa yang patut diluahkan. You guys made my day. Kiss sikit :* haha Lebih-lebih lak.









Assalamualaikum...

Lots of Love,
Erfa Nani

?

Given name, Norerfa Nani. Born on 10th May 1997. I'm a big fans of JUSTIN BIEBER. Forever a BELIEBERS
orang skodeng blog saya.

Ask me | Facebook

Leave your footprint here. Thank you.


Follow my Twitter: